BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Thursday, October 7, 2010

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia...

Selamat sejahtera dan salam mesra dari kami warga Permata Felda Tenggaroh 2, Mersing, Johor. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya mewakili rakan-rakan pendidik dan kakitangan di sini untuk mencoretkan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah kami jalankan sepanjang 4 bulan kami beroperasi.

Pusat Anak Permata Negara Tenggaroh 2, mula beroperasi pada 01 Julai 2010. Seramai 4 orang pendidik dan 2 orang pembantu pengurusan murid telah diarah untuk bertugas di PAPN Tenggaroh 2 mulai pada 14 Jun 2010. Manakala anak-anak PERMATA mula mendaftarkan diri pada 01 Julai 2010. Pengambilan anak-anak PERMATA pada awalnya adalah seramai 15 orang sahaja. Jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa menjadi 19 orang sehingga kini.

Program Permata menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah 5 tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation, exploration dan experiential learning) melalui permainan. Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak. Ia juga telah dibuktikan di beberapa negara maju bahwa ia berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka.

FALSAFAH PERMATA:

  • Setiap anak permata negara
  • Setiap anak amat berharga
  • Setiap anak adalah modal insan negara
  • Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.
FOKUS PERMATA:
Porgram PERMATA memberikan fokus kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:-
  • berumur antara satu hingga lima tahun
  • menetap di pinggir atau luar bandar
  • keluarga berpendapatan rendah
  • berbilang kaum dan agama
STRUKTUR KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah:-
  • Kasih sayang dan belaian
  • Interaksi dan komunikasi
  • Pemikiran dan bacaan
  • Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
  • Belajar melalui bermain
  • Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Kurikulum ini digubal dnegan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti berikut:-
  1. MOTOR KASAR & HALUS
  2. SOSIO-EMOSI & KEROHANIAN
  3. BAHASA & LITERASI AWAL
  4. PRA-MATEMATIK & LOGIK
  5. SENSORI & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
  6. ESTETIKA & KREATIVITI

0 comments: