BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sabtu, 2 Oktober 2010 : Perjalanan Permata Tenggaroh diteruskan lagi dengan Program Ketiga yang berlangsung di dalam bulan Perayaan Aidilfitri. Ikuti kenangan indah kami menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama warga Felda Tenggaroh 2....
                                                   

Apa yang bagus mengenai kedudukan kami di dalam Felda Tenggaroh 2 adalah sikap tolong-menolong dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program. Kami tenaga kerja Permata Tenggaroh amat bersyukur di atas segala bantuan idea dan tenaga yang telah diberikan. Keprihatinan dan tanggungjawab ibubapa dan penduduk kampung Felda Tenggaroh 2 amat kami hargai.


Program sambutan hari raya ini dimulakan dengan "Gotong-royong memasak" juadah hidangan hari raya sebelum dan selepas program. Kerjasama yang telah diberikan amat menggalakkan dari pihak kaum ibu sendiri. Selain itu, kami amat berterima kasih kepada "Gerakan Pembangunan Wanita UMNO" yang telah memberi kami peluang dan ruang untuk menggunakan bangunan dan peralatan mereka semasa aktiviti memasak juadah tersebut.


Antara juadah yang dimasak pada hari tersebut adalah ketupat segera, kuah lodeh, ayam masak merah, dan sambal kacang. Manakala makanan pencuci mulut adalah buah tembikai, agar-agar buah dan kuih-muih yang dibawa oleh setiap keluarga anak Permata Tenggaroh.
Semasa majlis dijalankan, para jemputan yang telah dijemput adalah "Kumpulan Marhaban GPW Tenggaroh 2, dan Wakil Pengurusan Felda Tenggaroh 2. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pendidik Permata Tenggaroh iaitu Cik Noor Azila bt Fadzin dengan memberikan penghargaan kepada para jemputan dan para ibubapa yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Seterusnya, marhaban bersama-sama para jemputan dan semua ahli keluarga Permata Tenggaroh 2.




Semoga program yang telah dijalankan dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim di antara warga Permata Tenggaroh 2 dan juga penduduk setempat. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua...Permata Tenggaroh the best..!!!

Thursday, December 9, 2010

Program Mengibarkan Jalur Gemilang


Jumaat - 13 Ogos 2010, kami warga Papn Tenggaroh 2 telah menjalankan "Program Mengibarkan Jalur Gemilang" sesuai dengan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini. Sambutan dari pihak ibubapa anak-anak Permata amat menggalakkan dan dapat memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi.

Bagi program ini, setiap keluarga anak Permata telah menyumbang 2 bendera iaitu bendera Malaysia dan bendera Negeri Johor. Setelah mendapat persetujuan ramai dalam "Mesyuarat PIBP kali Ke-2", AJK peralatan perlu menyediakan tiang bendera - tapi di (F) Tenggaroh 2 ini, kami hanya menggunakan batang kayu yang telah diambil di persekitaran Tenggaroh 2 sahaja kerana mudah di dapati.

Tambah kapsyen
  
Program yang kedua ini, sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kemerdekaan bukan sahaja dikalangan ibubapa sendiri malah dapat mengajar anak-anak PERMATA tentang bendera kebanggaan rakyat Malaysia iaitu "Jalur Gemilang"...bersama-samalah kita menyemarakkan semangat cintakan negara melalui kibaran "Jalur Gemilang" terutama di Pusat Anak Permata Negara Tenggaroh 2.

Sunday, October 10, 2010

Program Bacaan Yassin & Doa Selamat

Untuk makluman semua, aktiviti / program Permata Tenggaroh 2 yang pertama (Bacaan Yassin & Doa Selamat) telah diadakan pada 28 Julai 2010 iaitu pada hari Rabu (malam). Alhamdulillah, program ini mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan Felda Tenggaroh 2, Gerakan Pembangunan Wanita (GPW) dan ibubapa anak-anak Permata di PAPN Tenggaroh 2 sendiri.
`
Alhamdulillah, program yang pertama ini berjaya dilaksanakan juga dengan bantuan pihak-pihak yang terlibat. Kami amat berharap, agar setiap program yang akan kami laksanakan pada setiap bulan akan melibatkan lapisan masyarakat di Tenggaroh 2 ini khususnya penglibatan ibubapa anak-anak Permata di sini.


Pada program ini, ibubapa di arah untuk memasak juadah jamuan malam mengikut kumpulan yang telah disediakan. Alhamdulillah, semua ibubapa mahupun penjaga dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan program ini. Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat. Saya amat berharap agar kerjasama yang diberikan untuk program yang pertama dapat diteruskan untuk program kedua dan seterusnya. Syabas dari kami warga kerja Papn Tenggaroh 2!!!

Thursday, October 7, 2010

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia...

Selamat sejahtera dan salam mesra dari kami warga Permata Felda Tenggaroh 2, Mersing, Johor. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya mewakili rakan-rakan pendidik dan kakitangan di sini untuk mencoretkan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah kami jalankan sepanjang 4 bulan kami beroperasi.

Pusat Anak Permata Negara Tenggaroh 2, mula beroperasi pada 01 Julai 2010. Seramai 4 orang pendidik dan 2 orang pembantu pengurusan murid telah diarah untuk bertugas di PAPN Tenggaroh 2 mulai pada 14 Jun 2010. Manakala anak-anak PERMATA mula mendaftarkan diri pada 01 Julai 2010. Pengambilan anak-anak PERMATA pada awalnya adalah seramai 15 orang sahaja. Jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa menjadi 19 orang sehingga kini.

Program Permata menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah 5 tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation, exploration dan experiential learning) melalui permainan. Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak. Ia juga telah dibuktikan di beberapa negara maju bahwa ia berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka.

FALSAFAH PERMATA:

  • Setiap anak permata negara
  • Setiap anak amat berharga
  • Setiap anak adalah modal insan negara
  • Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.
FOKUS PERMATA:
Porgram PERMATA memberikan fokus kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:-
  • berumur antara satu hingga lima tahun
  • menetap di pinggir atau luar bandar
  • keluarga berpendapatan rendah
  • berbilang kaum dan agama
STRUKTUR KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah:-
  • Kasih sayang dan belaian
  • Interaksi dan komunikasi
  • Pemikiran dan bacaan
  • Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
  • Belajar melalui bermain
  • Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Kurikulum ini digubal dnegan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti berikut:-
  1. MOTOR KASAR & HALUS
  2. SOSIO-EMOSI & KEROHANIAN
  3. BAHASA & LITERASI AWAL
  4. PRA-MATEMATIK & LOGIK
  5. SENSORI & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
  6. ESTETIKA & KREATIVITI