BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sabtu, 2 Oktober 2010 : Perjalanan Permata Tenggaroh diteruskan lagi dengan Program Ketiga yang berlangsung di dalam bulan Perayaan Aidilfitri. Ikuti kenangan indah kami menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama warga Felda Tenggaroh 2....
                                                   

Apa yang bagus mengenai kedudukan kami di dalam Felda Tenggaroh 2 adalah sikap tolong-menolong dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program. Kami tenaga kerja Permata Tenggaroh amat bersyukur di atas segala bantuan idea dan tenaga yang telah diberikan. Keprihatinan dan tanggungjawab ibubapa dan penduduk kampung Felda Tenggaroh 2 amat kami hargai.


Program sambutan hari raya ini dimulakan dengan "Gotong-royong memasak" juadah hidangan hari raya sebelum dan selepas program. Kerjasama yang telah diberikan amat menggalakkan dari pihak kaum ibu sendiri. Selain itu, kami amat berterima kasih kepada "Gerakan Pembangunan Wanita UMNO" yang telah memberi kami peluang dan ruang untuk menggunakan bangunan dan peralatan mereka semasa aktiviti memasak juadah tersebut.


Antara juadah yang dimasak pada hari tersebut adalah ketupat segera, kuah lodeh, ayam masak merah, dan sambal kacang. Manakala makanan pencuci mulut adalah buah tembikai, agar-agar buah dan kuih-muih yang dibawa oleh setiap keluarga anak Permata Tenggaroh.
Semasa majlis dijalankan, para jemputan yang telah dijemput adalah "Kumpulan Marhaban GPW Tenggaroh 2, dan Wakil Pengurusan Felda Tenggaroh 2. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pendidik Permata Tenggaroh iaitu Cik Noor Azila bt Fadzin dengan memberikan penghargaan kepada para jemputan dan para ibubapa yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Seterusnya, marhaban bersama-sama para jemputan dan semua ahli keluarga Permata Tenggaroh 2.




Semoga program yang telah dijalankan dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim di antara warga Permata Tenggaroh 2 dan juga penduduk setempat. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua...Permata Tenggaroh the best..!!!

0 comments: